Sunday, October 7, 2012

Lebih yakin tanpa jeragat, keputihan


Zarin menjadi seorang yang pemalu dan lebih suka menyendiri gara-gara kurang keyakinan disebabkan masalah jeragat yang agak serius dialaminya.
SAYA tak tahu lagi apa yang perlu saya buat. Bermacam-macam ubat dan petua saya dah cuba tapi jeragat tak mahu hilang juga. Kadang-kadang malu juga melihat keadaan wajah saya lebih-lebih lagi apabila bertemu dengan orang. Pernah saya tidak mahu keluar dari rumah kerana malu dengan muka saya yang penuh jeragat."
Demikian antara luahan hati Pengurus ZZ Beauty Line, Zarin Che Nor, 36 menceritakan pengalamannya mengalami masalah jeragat yang teruk kira-kira dua tahun lalu.
Zarin menjadi seorang yang pemalu dan lebih suka menyendiri gara-gara kurang keyakinan disebabkan masalah jeragat yang agak serius dialaminya.
Dia pernah menggunakan ubat krim tetapi hasilnya masih sama.
"Bagi orang lain, masalah ini adalah biasa tetapi bagi wanita seperti saya, jeragat mengubah hidup saya. Jeragat menyebabkan saya kurang yakin lebih-lebih lagi ketika berhadapan dengan orang ramai.
"Saya juga berasa cemburu setiap kali melihat wanita lain mencuba pelbagai alat solek. Saya pula tidak boleh menggunakan alat solek kerana memberi kesan yang sensitif pada kulit," katanya.
Tambah Zarin, adakalanya kulit wajahnya menjadi kemerahan-merahan akibat penggunaan produk yang salah.
Baginya, dia perlu segera merawat masalah ini kerana dia juga mahu kelihatan cantik seperti orang lain.
"Saya mahu memiliki kulit yang sihat untuk berasa yakin setiap kali berkomunikasi dengan orang lain," katanya.
Tiada perubahanZarin turut mengalami keputihan dan masalah haid selepas berusia 30-an.
Dia tidak berputus asa mencari pelbagai alternatif dengan berurut tradisional, bermacam jenis jamu, pelbagai ubat suplemen malah ubat doktor dari klinik swasta dan hospital kerajaan setiap hari.
Namun tetap tiada perubahan.
"Doktor hanya memberi jawapan masalah hormon. Kata doktor, masalah haid seperti senggugut adalah perkara biasa bagi semua wanita. Hari demi hari, masalah yang saya hadapi semakin buruk.
"Sesetengah orang menganggap masalah keputihan dan haid sesuatu yang lazim. Bagi saya, penyakit ini perlu diatasi segera. Supaya kita menjadi wanita yang lebih yakin.
Saya berasa sedih mendengar cerita kawan-kawan yang mengalami masalah keputihan dan kekuningan, lendir berbau busuk, senggugut setiap kali datang haid, kegatalan, buasir, bau badan busuk dan sering pitam. Berdasarkan pengalaman saya sendiri dan mereka inilah, saya mendapat idea untuk menghasilkan sendiri suplemen berasaskan ramuan asli. Saya tidak perlu risau kerana saya adalah testimoni kepada produk saya sendiri yang diberi nama Beaurose. Suplemen ini mengandungi 100 peratus bahan semulajadi berasaskan ekstrak bunga ros, manjakani, asid phytohyrulonic dan L-glutathione.
Alhamdulillah sejak adanya produk ini setahun lalu, masalah saya semakin hari semakin pulih setelah penggunaan berterusan selama tiga bulan," katanya yang boleh dihubungi di talian 019-6678108 atau Facebook, Zzbeauty Line.
Sambil tersenyum, Zarin memberitahu, masalah jeragat yang dialaminya semakin pulih.
Kini dia tidak perlu risau kerana masalah keputihan dan haid yang sering menganggu emosinya turut beransur pulih.
"Saya percaya sekiranya kita berusaha dan tidak pernah putus asa, pasti ada rawatan sesuatu penyakit itu.
Selain itu, gaya hidup sihat juga membantu mengurangkan masalah saya. Saya kini lebih tertumpu kepada hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran. Selain itu, saya juga tidak ketinggalan bersenam," ujarnya.

No comments: