Pemeriksaan terhadap mata secara menyeluruh seharusnya dilakukan untuk
mengetahui kesesuaian seseorang itu menggunakan kanta lekap. Ini kerana
kanta lekap akan memberi kesan secara langsung terhadap metabolisme dan
fisiologi kornea mata.
Jika ingin memahami fungsi pemakaian kanta lekap, anda perlu menjalani
pemeriksaan mata dan mendapatkan penerangan daripada pakar mata sebelum
anda menggunakan kanta lekap. Ini untuk mengelakkan berlakunya
komplikasi yang pada mata anda .
Ketika di awal pengenalannya di negara ini sekitar awal 1980-an, kanta
lekap diberikan secara preskripsi kepada mereka yang benar-benar layak
menggunakannya sahaja, dimana pemeriksaan mata secara menyeluruh
dilakukan dengan menganalisis kesemua kemungkinan kesan penggunaan
kanta lekap pada mata. Namun pengguna kini kurang kesedaran tentang
kaedah pemakaian dan penjagaan kanta lekap.
Ramai yang menganggap bahawa kanta lekap berfungsi dengan cara yang
sama dengan cermin mata. Malah ada juga dijadikan sebagai trend untuk
kelihatan cantik dimata . Oleh kerana itu, pengguna tidak berfikir
untuk mendapatkan khidmat nasihat yang betul sebelum membuat keputusan
untuk memakai kanta lekap .
Antara sebab-sebab memilih untuk memakai kanta lekap adalah seperti berikut :
1) 35 % menyatakan untuk kelihatan lebih menarik atau tujuan kosmetik.
2) 34.4 % menyatakan untuk membetulkan masalah rabun.
3) 29.7 % menyatakan untuk tujuan rekreasi dan sukan.
Trend ini boleh membahayakan pengguna memandangkan setengah komplikasi
akan menyebabkan kerosakan kekal terhadap tisu kornea. Ramai pengguna
kini tidak pernah bertanyakan apa komplikasi yang mungkin timbul
daripada pengunaan kanta lekap.Keadaan ini bertambah teruk dengan sikap
tidak bertanggungjawab sesetengah kedai optikal yang tidak membuat
pemeriksaan teliti terlebih dahulu kepada bakal pengguna.
Sekiranya anda ingin menggunakan kanta lekap, lakukan pemeriksaan mata
terlebih dahulu dan dapatkan nasihat daripada pakar mata yang
berkelayakan sebelum menggunakannya. Pastikan kanta lekap bergungsi
dengan baik dan bersih untuk menjamin keselamatan dan juga kesihatan
mata anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment