Sunday, October 7, 2012

Penggunaan tilam sesuai baik untuk kesihatan


25 Sep – Setiap orang harus mempunyai waktu tidur yang secukupnya iaitu selama lapan jam. Tidur yang berkualiti dapat memberikan kesan positif terhadap aktiviti yang dilakukan selain dapat membantu keseimbangan otak dan badan . Bukan itu saja, posisi yang betul ketika tidur juga dapat melambatkan proses penuaan jika dimalkan setiap hari .

Selain itu, penggunaan tilam yang bersesuaian dan selesa dapat menggalakkan pemulihan dan menyahtoksidkan selain membantu mengekalkan kelembapan kulit pada badan kita.

Contohnya seperti aloe vera yang terdiri daripada 96% air, 4% asid amino, mineral serta vitamin A, C dan E, enzim dan zat besi bagi memenuhi keperluan khasiat badan .

Tilam yang mempunyai besi spring adalah tidak bagus untuk tidur kerana ia akan menyebabkan badan kita menjadi mudah bengkok dan lama kelamaan akan menjadi sakit dibahagian belakang badan .Ini akan menyebabkan tidur kita terganggu dan tidak selesa . Tilam yang keras juga boleh menyokong kedudukan posisi tubuh ketika tidur manakala tilam yang lembik akan menyebabkan kedudukan badan tidak stabil apabila tidur .

Tilam yang betul dan sesuai bukan sahaja memberikan keselesaan badan malah membantu mencergaskan kulit serta memberikan sokongan terhadap tubuh badan kita.Tidur yang cukup juga dapat membekalkan tenaga yang secukupnya untuk melakukan kerja seharian .

No comments: