Di sebalik tanggapan negatif itu, masih ramai penduduk dunia yang sihat fizikal dan mental pada usia tua. Tentu ada jawapan kepada persoalan tersebut.
Di Malaysia banyak contoh individu kekal cergas biar pun menjangkau usia lebih 70-an. Profesor Diraja Ungku Aziz, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali, seniman Tan Sri Jins Shamsuddin (sekadar menyebut beberapa nama) adalah contoh terbaik.
Mereka mengamalkan gaya hidup sihat dan menjauhi amalan yang boleh mempercepatkan proses penuaan seperti merokok.
Namun berbanding golongan yang menjaga kesihatan, ramai kalangan rakyat Malaysia mengalami kemurungan dan didatangi pelbagai penyakit sebaik usia meningkat.
Pelbagai produk antipenuaan (antiaging) kini diperkenalkan untuk membantu mengatasi gejala-gejala yang mengganggu penampilan tubuh sihat ketika berumur.
Jenama Marissa Young misalnya, tampil dengan produk terbaru berupa kapsul kesihatan yang amat diperlukan untuk membantu mengatasi gejala dalaman yang boleh merencat kesihatan seseorang apabila berusia.
Antara koleksi terbaru Marrisa Young adalah probiotik yang sememangnya penting untuk meningkatkan populasi bakteria baik dan menghalang usus bengkak yang menyebabkan buncit.
Tentunya produk ini sangat menarik untuk mengatasi masalah perut buncit dan sebu - gejala yang sering dialami golongan berusia.
Masalah tidak cukup tenaga, letih dan nafas berbau bahkan tubuh badan yang semakin berbau apabila meningkat usia juga dapat dibantu jika menggunakan produk ini.
Probiotik Marissa Young diuji secara klinikal membantu membekalkan populasi bakteria yang benar-benar penting dalam kehidupan. Ia sesuai untuk semua peringkat umur juga wanita hamil kerana sifatnya yang semula jadi.
Probiotik ialah bakteria baik yang terdapat pada dinding usus untuk menjadikan kita kuat dan sihat.
Ia menggalakkan kesihatan, menghasilkan keseimbangan dan membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik. Pengambilan probiotik ibarat menanam kembali benih bakteria berfaedah. Mereka yang mengambil probiotik dapat merasakan perubahan kesihatan kerana bakteria ini mengembalikan jumlah vitamin dan memberi perlindungan kepada tubuh.
Siri Marissa Young turut menawarkan kalsium fosfat yang amat diperlukan manusia. Fosfat memainkan peranan penting membantu kalsium bekerja. Ia juga merupakan keperluan sel bagi menjana tenaga dan diperlukan untuk pembentukan enzim dan hormon.
Pendek kata kalsium fosfat diperlukan seluruh sel badan termasuk otak. Kehadirannya dalam darah juga penting sebagai sebahagian daripada antibodi dan menjaga pembekuan darah.
Banyak lagi kepentingan fosfat dalam tubuh seperti memproses gula kepada tenaga glukos. Fosfat juga merupakan satu-satunya glukos yang digunakan sebagai tenaga.
Sekiranya kurang fosfat maka seseorang sukar menjana tenaga dalam tubuh. Marissa Milk Kalsium diperbuat sepenuhnya daripada kalsium fosfat. Ia bukan sahaja kalsium yang membina tulang dan menjaga tubuh badan bahkan merupakan keperluan yang hebat bagi menjana tenaga setiap hari.
Satu lagi tanda yang sering dikaitkan dengan penuaan adalah sakit sendi atau tulang. Ramai yang beranggapan apabila usia meningkat tulang-tulang menjadi tua dan nipis maka ini ialah punca kesakitan.
Sebenarnya sakit yang dirasai itu disebabkan kurangnya ubat penahan sakit semula jadi yang dinamakan eicosanoids. Proses penghasilan eicosanoid berlaku apabila sel kita mengalami trauma, gangguan kuman atau apa juga jenis gangguan lain.
Apabila gangguan terjadi pada sel, ia akan merembeskan asid lemak Omega 3 yang tersimpan di dalam sel. Kajian terkini membuktikan kekurangan Omega 3 menjejaskan penghasilan eicosanoids yang sangat diperlukan oleh salur darah, jantung, tulang dan otot. Kekurangannya meningkatkan risiko jantung, sakit sendi dan darah tinggi.
Ini terbukti kerana pengambilan Omega 3 bukan sahaja menjadikan seseorang awet muda, namun turut memberi perlindungan kesihatan. Antara fungsinya ialah membantu mengatasi masalah lupa kerana ia adalah makanan otak yang sangat penting.
Telah terbukti secara ilmiah bahawa Omega 3 membantu perkembangan otak dan memori untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Ia juga membantu mencegah penyakit jantung, menurunkan kadar kolesterol, sangat baik untuk kesihatan mata, membantu mengurangkan kemurungan, mengurangkan risiko pembekuan darah, baik untuk wanita hamil, mencegah penyakit Alzheimer dan baik untuk pengidap diabetes.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang produk terbaru ini boleh hubungi 03-8723 4808 atau 013-2448484.
No comments:
Post a Comment