Saturday, September 29, 2012

Sakit sendi jejas kualiti hidup


Rawan yang meliputi penghujung tulang atau sendi menjadi haus dan ia boleh menyebabkan kesakitan sendi dan bengkak
LAZIMNYA penyakit yang berkaitan dengan sendi dan tulang ini adalah osteoarthritis (OA), artritis dan osteoporosis.
Ini kerana osteoarthritis ada kaitan dengan radang, artritis haus dan lusuh manakala osteoporosis pula berkaitan dengan kekuatan dan kepadatan tulang.
Begitupun, artritis dan osteoporosis lebih kerap didengari dan kesedaran mengenainya juga lebih tinggi berbanding osteoarthritis.
Secara umumnya osteoarthritis berlaku akibat rawan yang meliputi penghujung tulang atau sendi menjadi haus dan ia boleh menyebabkan kesakitan sendi, bengkak dan kecacatan.
Menurut Pakar Perunding Rheumatologist, Pusat Perubatan Sunway, Dr. Amir Azlan Zain, osteoarthritis adalah penyakit yang melibatkan kualiti hidup seseorang.

Atasi parut jerawat


Pamela Tan (empat dari kanan) bersama para tetamu pada majlis pelancaran Hiruscar Post Acne di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Meningkat usia remaja, imej di kalangan rakan-rakan terutama dari segi penampilan diri menjadi semakin penting.
Namun usaha tersebut sering digagalkan dengan 'kemunculan' jerawat pada wajah akibat daripada beberapa faktor termasuk perubahan hormon.
Memburukkan keadaan apabila jerawat yang muncul meninggalkan kesan parut yang sudah tentunya menjejaskan penampilan.
Kerisauan tersebut mungkin reda dengan kehadiran gel Hiruscar Post Acne, yang merupakan produk rawatan parut jerawat pertama diperkenalkan di Malaysia.
Pengarah Pemasaran Medinova AG Regional OTC, Pamela Tan, berkata, rumusan tiga dalam satu Hiruscar Post Acne telah diuji secara klinikal untuk menghilangkan parut jerawat dalam tiga langkah mudah.

Hidroterapi ais


Rawatan turut disertakan dengan urutan bagi membantu melancarkan peredaran darah.
pelbagai bentuk rawatan spa diperkenalkan bagi membantu orang ramai memperoleh kesejahteraan tubuh secara holistik.
Antara yang turut mendapat perhatian ialah rendaman ais atau lebih dikenali sebagai hidroterapi ais iaitu salah satu kaedah rawatan alternatif Terapi Getaran Warna (CVT) bagi membantu menguatkan tulang, otot dan saraf pada badan.
Pengasas perubatan alternatif ini, Prof. Emeritus Dr. Norhisham Wahab, percaya bahawa penyakit terjadi akibat berlaku ketidakseimbangan pada sel organ-organ tertentu dalam tubuh.
"Manusia sentiasa terdedah kepada pelbagai jenis penyakit jika ia tidak dikawal dengan baik.
"Punca pelbagai penyakit yang melanda diri seperti lesu, sedih dan murung adalah petanda awal bahawa sistem dalam badan menghadapi masalah

Kemurungan boleh dirawat


Soalan:
SAYA mempunyai seorang rakan yang boleh dikategorikan menghidap kemurungan. Masalah yang dihidapinya bukan sahaja menjejaskan hubungannya dengan keluarga seperti menguruskan suami dan anak-anak, malah merebak kepada rakan-rakan sekerja. Dia menjadi pendiam dan sering syak wasangka pada orang sekeliling. Apakah yang menyebabkan seorang wanita menjadi murung dan apakah kesan kemurungan kepadanya? Adakah ubat antimurung boleh membantu rakan saya?
* Hajar, Kuala Lumpur
JAWAPAN:
Kemurungan adalah penyakit mental yang menyebabkan perasaan (mood) seseorang individu menjadi semakin menurun. Ini akan menjejaskan kehidupan seharian individu tersebut termasuklah pemikiran, perasaan, tingkah laku dan kesejahteraan seseorang itu.

Mata di ambang 40-an


USIA tidak mampu dihindari. Semakin bertambah angka, pelbagai organ tubuh turut terjejas dan semakin menurun prestasinya.
Jantung, paru-paru dan buah pinggang antara yang terkesan akibat proses penuaan lalu menjejaskan kesihatan malah nyawa.
Bagusnya, orang kita semakin sedar kepentingan menjaga kesihatan dengan melakukan pelbagai pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah, paras gula dan pelbagai lagi.
Namun, pemeriksaan mata kurang diberi penekanan. Tahukah anda, kebarangkalian untuk menjadi buta tanpa melihat sebarang simptom amat tinggi terutamanya mereka yang berusia 40 tahun ke atas?
Glaukoma iaitu kerosakan pada saraf optik antara punca kebutaan yang berlaku secara senyap tanpa menunjukkan sebarang simptom dan sebenarnya ia mampu dirawati jika melakukan pemeriksaan mata lebih awal.

Duta kanser payudara


Sarimah Ibrahim dan Maryati Legori Ibrahim ketika memperkatakan mengenai Pink Charity Run, di Hospital Pantai Klang, Selangor, baru-baru ini.
Fokus kempen tahun ini bukan hanya tertumpu kepada golongan wanita sebaliknya lelaki juga perlu mengetahui tentang penyakit ini pada peringkat awal.
Ini bagi membolehkan mereka membawa ahli keluarga yang terlibat membuat rawatan pengesanan pada peringkat awal.
Bercerita lanjut mengenai pengalaman berhadapan dengan ahli keluarga yang menghidap kanser, Sarimah berkata, adiknya mula mengetahui menghidap leukemia, sejenis kanser berkaitan darah, ketika usianya 18 tahun.
�Ketika itu dia sedang menunggu untuk melanjut pengajian di universiti. Bagaimanapun dia terpaksa memendamkan niat tersebut kerana kanser yang merebak dalam dirinya sudah berada pada peringkat berbahaya.

Saturday, September 22, 2012

Kembalikan kelangsingan badan selepas bersalin


Wanita yang baru bersalin akan melalui proses berpantang. Di Malaysia amnya, wanita akan melalui proses tersebut dengan amalan pantang sama ada cara tradisional atau pun moden.

Menurut Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), berpantang atau lebih dikenali dengan post-partum dan puerperium dalam bidang perubatan ialah satu proses yang berlaku selepas seseorang wanita bersalin.Biasanya tempoh yang disarankan adalah 42 hari atau enam minggu. Waktu ini tubuh wanita berada dalam perubahan hormon dan ia amat senang dijangkiti kuman jika tidak dijaga. Selain itu, berpantang juga dapat mengembalikan bentuk badan ibu seperti sebelum hamil.

"Berpantang memang digalakkan. Cara moden atau tradisional terserah kepada anda. Dalam tempoh enam minggu itu, ibu yang baru bersalin perlu disiplin supaya proses penyembuhan dan juga bentuk dan paksi badan boleh kembali kepada asal.

"Cara moden dan tradisional boleh digabungkan asalkan menitik beratkan soal kebersihan dan tidak memudaratkan kesihatan anda dan bayi. Malah wanita di luar negara turut menjadikan wanita-wanita Asia sebagai rujukan mereka apabila berpantang,"katanya kepada Mingguan Wanita.

Manakala bagi wanita yang bersalin dengan kaedah pembedahan caesarean, gunakan Surgical Binders sebagai bengkung. Alat ini juga boleh dipakai ketika mengandung kerana ia mempunyai fungsi menyokong bahagian belakang anda. Di negara barat, amalan berurut dikenali sebagai 'spa terapi'. Berurut dapat membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Malah, proses berbengkung juga ada kelebihan yang tersendiri.

Selain mendapatkan bentuk badan yang ideal, berbengkung juga dapat mengembalikan struktur asal badan dan sendi yang berubah semasa proses mengandung dan melahirkan anak. Apa yang penting, wanita dalam pantang haruslah menjaga kebersihan supaya kesihatan diri dan anak yang disusukan terjaga.

Penjagaan Dalam Pantang

Sementara itu, Pengamal perubatan tradisional berkata, rawatan berpantang mesti diamalkan oleh ibu selepas bersalin untuk kesihatan jangka panjang.

Rawatan berpantang boleh dilakukan sama ada di salon khusus, mengambil pakej rawatan lepas bersalin oleh bidan profesional atau melakukannya sendiri di rumah. Ini kerana, tidak semua orang masih mempunyai ibu untuk menolong penjagaan semasa dalam pantang atau mampu mengambil ''confinement lady'' ke rumah.

Urutan yang dilakukan sendiri di rumah dengan bantuan suami dapat mengeratkan hubungan suami isteri. Malah, suami akan lebih memahami keperluan penjagaan isteri semasa berpantang.

Rawatan Pantang Cara Tradisional

1. Langkah pertama adalah mandian herba yang mana air direbus dengan beberapa herba seperti serai wangi, halia, limau purut bagi membantu melancarkan peredaran darah, mengembalikan mood, memberi kesegaran dan membuang angin daripada badan ibu.

2. Urut poin detoks yang boleh dilakukan sendiri atau dengan bantuan suami. Tujuh pusat urutan diurut bertujuan untuk menyahtoksik dan melancarkan peredaran darah. Lakukan sebelum tidur dan selepas bangun tidur dalam tempoh masa lebih kurang 15 minit. Guna minyak urut untuk nyahtoksik/minyak detox (halia)/minyak kelapa dara. Antara poin terbabit adalah belakang leher, bawah ketiak, hulu hati, belakang pinggang, celah kelengkang, pelipat kaki (belakang lutut) dan juga buku lali.

3. Setelah itu lakukan urutan penyusuan susu. Urutan di bahagian belakang payu dara ini memfokuskan untuk melancarkan pengaliran susu ibu. Dilakukan sekurang-kurangnya dua kali sehari tetapi sebaiknya beberapa kali sehari. Lakukan dalam masa 10 minit. Urut dalam bentuk pusingan jam di atas payu dara untuk mengurangkan bengkak susu.

4. Langkah seterusnya adalah bertungku. Amalan menggunakan tungku herba membantu menghangatkan badan ibu kerana urat mengembang selepas bersalin. Jika ibu berasa sejuk itu tandanya urat mengembang dan angin mudah masuk. Lakukan selepas mandi pada waktu pagi, petang dan sebelum tidur.

5. Kemudian rawatan tapel perut dilakukan. Tapel adalah campuran kapur dan perahan limau untuk mengempiskan perut yang membuncit dan membakar lemak. Namun rawatan ini mengambil masa yang lama untuk perut kembali kempis. Kebiasaannya jika dilakukan secara berdisiplin selepas tamat tempoh berpantang, perut ibu beransur kempis. Sapuan ini akan menyebabkan perut terasa hangat kerana kesan kapur. Oleh itu jangan sapu terlalu banyak.

6. Seterusnya berbengkung bertujuan untuk membentuk semula bahagian pinggang dan perut. Ia juga dapat mengawal pemakanan ibu semasa berpantang. Pakai bengkung dua kali sehari, minimum empat jam setiap kali pakai.

7. Akhir sekali adalah rawatan bertangas untuk menghilangkan masalah keputihan, menyahkan bau kurang menyenangkan dan mengetatkan kembali rahim dan vagina. Dalam masa yang sama, bakar arang bersama manjakani dan daun sireh. Proses rawatan bertangas ini dilakukan sekurang-kurangnya 20 minit minimum sekali sehari.

Monday, September 17, 2012

Kesan awal selamatkan nyawa


BARISAN selebriti tanah air (berdiri dari kiri), Linda Jasmine, Dynaz, Soo Wincci dan Neelofa manakala duduk (dari kiri), Que Haidar, Datuk Fazley dan Safee Sali bergambar bersama semasa sidang media program Perjuangan Kanser Payu Dara Avon baru-baru ini.
SEDIH, takut dan malu. Perasaan ini pasti menyelubungi pesakit kanser payu dara. Mungkin masih ramai lagi yang tidak sedar bahawa pengesanan awal kanser payu dara boleh menyelamatkan nyawa. Gaya hidup sihat, Pemeriksaan Sendiri Payu Dara (PSP) dan pemeriksaan kesihatan mengikut jadual amat penting dalam hal ini.
Menurut Presiden Persatuan Kebajikan Kanser Payu Dara Malaysia, Ranjit Kaur, menangani barah amat perit, tetapi ia usaha yang munasabah.
"Bukan sahaja pesakit, keluarga dan rakan-rakan juga perlu pengetahuan dan mengambil tindakan segera berhubung kesan barah dan bagaimana cara terbaik mengatasinya. Ini penting untuk mengubah stigma masyarakat terhadap kanser ini," jelasnya.

Gaya hidup sihat elak buasir


SEORANG wanita yang baru saja melahirkan anak menderita penyakit buasir sejak hamil dan semakin parah apabila melahirkan anak secara normal. Wanita berkenaan menderita buasir kerana kandungannya yang besar menekan usus dan menyebabkan sembelit.
Selepas bersalin, buasirnya semakin parah. Doktor menasihatkannya merendam buasir tadi di dalam air garam suam selama 10 hingga 15 minit untuk mengecutkannya.
Pakar Runding Pembedahan Am, Pusat Perubatan Kelana Jaya, Petaling Jaya, Dr. Jonah Azariah berkata, pesakitnya kini telah sihat dan tidak perlu menjalani pembedahan.
"Bagaimanapun jika buasir tidak kecut, pembedahan dengan bius separuh badan dilakukan.
"Biasanya pembedahan menggunakan laser bagi mengurangkan kesakitan dan darah," katanya semasa ditemui di pejabatnya baru-baru ini.

Pekak tiba-tiba


PERNAHKAH anda tiba-tiba hilang pendengaran sebaiksaja bangun daripada tidur? Senario berkenaan dikenali dalam bahasa perubatan sebagai sudden sensorineural hearing loss (SSNHL) iaitu kehilangan pendengaran sensoriunal secara tiba-tiba.
Biasanya pesakit tidak mendengar bunyi lebih daripada 30 desibel (dB) dalam tiga frekuensi berdekatan yang berlaku dalam tempoh kurang daripada tiga hari.
Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) Pusat Perubatan Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor, Dr. Samril Bokari berkata, SSNHL biasanya berlaku secara tiba-tiba pada waktu pagi atau secara tiba-tiba dalam masa beberapa jam saja.
"Sebanyak 70 peratus pesakit SSNHL juga mengalami bunyi bising atau berdesing di telinga atau tinnitus," katanya.
Insiden berkenaan kata Dr. Samril, meningkat dengan usia iaitu nisbah 4.7 orang dalam 100,000 orang yang berusia 20 hingga 30 tahun; manakala 15.8 orang bagi setiap 100,000 orang berusia antara 50 hingga 60 tahun.

Tilam untuk kesihatan


SECARA purata, kebanyakan golongan dewasa perlu mendapatkan tidur selama lapan jam yang dianggap tempoh terbaik untuk merehatkan diri.
Tidur berkualiti dapat memberikan kesan positif terhadap aktiviti yang dilakukan sepanjang hari selain membantu keseimbangan otak serta badan bagi mengubati keletihan sebelum ini.
Bukan itu saja, tidur yang mencukupi serta posisi yang betul juga dapat melambatkan proses penuaan seseorang jika mereka mengamalkannya setiap hari.
Penggunaan tilam yang sesuai juga dapat membantu menggalakkan pemulihan, pengimbangan dan penyahtoksian selain mengekalkan kelembapan kulit.
Ia juga dapat membantu melindungi kulit daripada kesan anti penuaan yang berbahaya dan menyokong lapisan perlindungan semula jadi kulit.
Misalnya, aloe vera yang mengandungi lembapan terbaik dan terdiri daripada 96 peratus air, empat peratus asid amino, mineral serta vitamin A, C dan E, enzim dan zat besi bagi memenuhi khasiat diperlukan oleh badan.

Kasut tumit tinggi menyeksakan?


SUT tinggi sangat sekarang bukan lagi digunakan sebagai pelapik kaki tetapi ia juga sebahagian daripada alat untuk tampak lebih cantik.
Kaki yang cantik menjadikan seseorang gadis itu tampil lebih seksi dan elegan.
Untuk mendapatkan kaki idaman ini, ramai wanita yang memilih untuk memakai kasut bertumit tinggi yang menyerlahkan penampilan mereka.
Malah, ada juga yang memilih kasut ini untuk menjadi lebih tinggi yang menyerlahkan keanggunan diri mereka.
Namun, dalam usaha untuk kekal cantik itu, mereka sebenarnya terdedah kepada kesan buruk akibat pemakaian kasut tumit tinggi.
Tidak salah sebenarnya untuk kelihatan cantik dan anggun dengan bertumit tinggi tetapi haruslah dipakai secara berkala dan bukannya setiap masa.
Berikut antara kesan-kesan dan tip untuk memilih kasut yang sesuai agar ia tidak memberi kesan buruk kepada kamu. - AZRUL

Tuesday, September 11, 2012

Villa berkonsep Bali


Menikmati pemandangan luar yang menghijau sebelum memulakan rawatan.
TERNYATA satu kelainan yang dimiliki oleh Dewi Sari Spa iaitu sebuah vila yang berkonsep ala Bali apabila saat pertama kali kaki melangkah masuk ke situ.
Pengunjung yang datang untuk mendapatkan rawatan di sini mempunyai pilihan tersendiri sama ada ingin membuat rawatan secara tertutup mahupun di dalam spa sambil menikmati keindahan alam semulajadi.
Semestinya sedikit kepuasan dan rasa nyaman dalam suasana tersebut kerana selain mendapat layanan yang baik daripada terapi yang terlatih, pengunjung juga bebas meneroka sambil menghirup udara segar kerana setiap bilik rawatan berhadapan dengan kolam.
Selain dikelilingi dengan tumbuhan semulajadi, spa yang mempunyai dua bilik rawatan individu dan juga satu bilik rawatan untuk pasangan dilengkapi dengan jakuzi, bilik mandi, selain rawatan juga boleh dilakukan di atas gazebo.

Gaya hidup sihat cegah penyakit


Cadangan makan sehingga 80 peratus kenyang mengelakkan kita makan secara berlebihan hingga memudaratkan kesihatan. - Gambar hiasan.
Apa yang anda bayangkan dengan angka 88888? Bagi masyarakat Cina, lapan menjadi angka membawa tuah kerana sebutannya dalam bahasa Cina, batt seakan sama dengan sebutan bertuah atau kekayaan, fatt.
Kini formula lima angka lapan ini akan membawa tuah pada kesihatan jika anda amalkan secara berterusan.
Kempen 88888 ini diperkenalkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai pada Januari awal tahun lalu. Menurut beliau, formula ini merupakan amalan gaya hidup yang dapat menghindari penyakit tidak berjangkit.
Ia merangkumi makan sehingga 80 peratus kenyang, makan malam sebelum pukul 8 malam, minum lapan gelas air, tidur cukup lapan jam dan berjalan kaki 8,000 langkah sehari.

Air suam untuk kesihatan


�Hadkan aktiviti (luar rumah) dan banyak minum air suam," Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu pemberita pada satu majlis baru-baru ini, bila ditanya mengenai apa yang orang ramai perlu buat jika jerubu melanda.
Kenapa perlu minum air suam? Ramai yang menyangka tabiat minum air suam hanya petua atau cerita daripada �orang tua-tua� sahaja.
Tetapi, pengamal penjagaan kesihatan juga memang berpendapat bahawa minum air suam dapat memanjangkan umur sel badan!
Air dingin
�Minum air sejuk mungkin boleh beri kepuasan bagi menghilangkan dahaga.
�Tetapi ahli sains percaya air yang sejuk akan mengentalkan lemak dalam makanan yang baru diambil dan menyukarkan sistem pencernaan lemak dalam badan.
�Ini selanjutnya menyukarkan pengeluaran bahan buangan lemak dari dalam badan," jelas pengamal perubatan Dr. A.Radha.
Minum air sejuk atau yang mempunyai ketulan ais adalah tidak sebaik minum air biasa dari segi hidrasi badan.
Teorinya adalah, air sejuk menyebabkan salur darah perut mengecut dan melambatkan proses penyerapan.
Ada pengkaji bidang perubatan yang mempunyai pandangan berbeza tentang sama ada minum air sejuk lebih baik daripada minum air suam terutama selepas melakukan senaman.
�Ada doktor yang menyarankan minum air biasa adalah lebih baik daripada minum air sejuk kerana badan terpaksa mengeluarkan tenaga lebih untuk memanaskan air sejuk ini ke tahap suhu badan, menyebabkan terjadinya kehilangan air dari badan.
�Tetapi ada juga doktor yang menyatakan bahawa selepas aktiviti senaman yang cergas, minum air sejuk akan mudah menyejukkan badan jika dibandingkan dengan air suam," jelas Dr. Radha.
Kata Dr. Radha, mereka yang minum air sejuk sebenarnya akan minum lebih banyak air kerana air sejuk rasanya lebih sedap dan lebih memuaskan.
Bila air sejuk melalui sistem dalam badan, ia mengentalkan lelemak makanan yang baru atau sedang dimakan.
Ini menyebabkan penghadaman serta penyerapan makanan lebih sukar selain dari membuang apa yang tidak perlu dari badan.
Tetapi jika ditukar air sejuk kepada air suam atau panas (seperti teh atau kopi), air yang suam itu akan membantu mencairkan lelemak dalam makanan yang diambil dan memudahkan pencernaan.
�Ia turut membantu membuang lemak dengan cara yang lebih senang dari sistem badan serta mengurangkan risiko salur darah tersumbat," kata beliau.
Kalau hendak bantu seseorang yang tengah demam panas, jangan guna air sejuk tetapi gunakanlah air yang agak suam.
Kata Dr. Radha, air yang sejuk sebenarnya boleh merangsang dan menaikkan suhu badan. Jika mereka yang demam minum air sejuk, badan mereka akan jadi �kesejukan�. Jadi air suam adalah pilihan yang baik.
Minum air suam juga boleh menenang dan merelakskan badan, kata beliau lagi.
Warna kencing
Menurut Dr. Radha, indikasi terbaik sama ada badan mencukupi imbangan air adalah dengan melihat warna air kencing.
�Jika warna air kencing pekat kekuningan, seseorang itu mungkin tidak cukup air dalam badan, tetapi jika air kencing itu berwarna kuning pucat dan cerah maka kandungan cecair badan adalah mencukupi. Harus diingat warna air kencing pada sebelah pagi adalah lebih pekat," katanya.
Menurut beliau lagi, ahli sains percaya minum air suam ketika makan boleh membantu mengurangkan berat badan.
�Jika kita tukar air sejuk yang diminum dengan air suam seperti minuman teh, kopi atau herba, lemak dalam makanan akan kekal cair dan lebih mudah bagi serapan serta pengeluaran dari badan.
�Ini akan membantu mengurangkan berat badan selain membuang lemak dari bersalut dalam salur darah," katanya.
Mengikut amalan perubatan tradisional Cina, untuk kekal sihat seseorang digalakkan minum air suam.
�Air sejuk sebenarnya tidak baik untuk perut anda," katanya lagi.- Bernama

Kehamilan terancang


DOKTOR, saya sudah berumur 38 tahun dan mempunyai empat orang anak. Saya ingin merancang keluarga. Apakah kaedah terbaik saya lakukan? Sebelum ini saya tidak mempunyai masalah dalam tempoh mengandung dan saya bersalin secara normal. Satu lagi doktor, benarkah bersalin pada usia lewat 35 ke atas mengundang risiko kesihatan pada bayi dan diri saya sendiri? Terima kasih.
n Ju, Perlis
JAWAPAN:
Alhamdulillah, Puan telah pun dikurniakan empat cahaya mata yang sihat. Syabas! perancangan Puan amat tepat sekali. Teruskan dengan perancangan tersebut.
Pelbagai kaedah merancang keluarga yang selamat, berkesan, mudah diguna, tiada kesan sampingan dengan kadar kos yang berpatutan mudah didapati kini.
Sama ada kaedah yang digunakan bersifat sementara atau kekal, perancangan keluarga sebenarnya bermanfaat untuk kesihatan ibu dan anak serta memberi kesejahteraan kepada keluarga secara keseluruhannya.

Wanita sihat lebih positif


BERAT badan meningkat, kulit kering, muka sembap, rambut rapuh dan gugur, kerap letih, mengantuk, pergerakan dan tindak balas menjadi perlahan. Simptom-simptom ini sering dianggap sebagai perkara semula jadi dalam proses penuaan, terutama bagi wanita yang memasuki era 40-an.
Boleh dikatakan hampir semua orang turut mengalami gejala sama, tetapi pada tahap berbeza. Namun, hakikatnya ia bukan sebahagian daripada proses semula jadi penuaan kerana ada orang masih mampu bergiat aktif, nampak awet muda, cergas dan tajam fikirannya, walaupun usia melebihi separuh abad.
Menurut Pegawai Perubatan, Dr. Asmah Musa, penuaan merupakan masalah kesihatan utama bagi wanita berumur 40-an dan menjadi mimpi ngeri bagi golongan wanita muda.
"Ia sering dikaitkan dengan menopaus. Bagi menempuh tempoh masa ini, pelbagai persediaan perlu dilakukan. Jika wanita memiliki kesihatan yang maksimum, sudah tentu mereka lebih positif berhadapan dengan masalah ini.

Puncak syahwat luar biasa


TABLOID di kedua-dua belah Atlantik bagaikan mendapat durian runtuh minggu lalu apabila akhbar The Sun melaporkan tentang wanita New Jersey berusia 44 tahun yang mengalami keadaan yang jarang-jarang berlaku iaitu mencapai orgasma atau puncak syahwat sehingga 100 kali dalam sehari.
Didiagnosis dengan persistent genital arousal disorder (PGAD) atau masalah kebangkitan berahi berulang-ulang, Kim Ramsey, seorang jururawat dikatakan terpaksa duduk di atas kampit kacang sejuk beku apabila mencapai klimaks tidak berhenti-henti untuk tempoh empat hari.
Media dan pembaca memberi reaksi terhadap masalah Ramsey ini dengan bermain kata-kata yang membawa dua maksud seperti, "Lagi?" New York Post pula seolah-olah mengeluh yang, "sesetengah perempuan dapat semua keseronokan."

Temujanji rogol


MENGHADIRI temujanji dengan kenalan baru lalu dirogol? Mengapa kes begini masih wujud? Apa yang membimbangkan, dahulu ia hanya berlaku di pesta muda-mudi dan kelab malam, tetapi kini ada kes dilaporkan berlaku di tempat awam seperti kedai makan atau dalam kereta.
Sebenarnya jenayah rogol hampir mustahil dilakukan jika mangsa tidak diberi perangsang seksual dalam bentuk dadah.
GHB (gamma hydroxybutyric acid), Rohypnol (flunitrazepam) atau Roofies dan Ketamine (Special K) popular digunakan untuk tujuan di atas satu ketika dahulu. Kini dadah tersebut sukar diperolehi disebabkan penguatkuasaan undang-undang.
Malangnya pemangsa semakin bijak. Mereka beralih kepada penggunaan campuran beberapa jenis arak, dadah sintetik dan cecair hormon perangsang seks binatang seperti kuda.

Sunday, September 9, 2012

Kempen makanan berkhasiat


SERINGKALI terdengar keluhan ibu bapa yang susah meminta anak-anak mereka mengambil makanan yang berkhasiat terutamanya ketika sarapan pagi.
Makanan segera dilihat merajai citarasa kanak-kanak malah sehingga orang dewasa yang menjadikannya kegemaran.
Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2008, 25 peratus pelajar sekolah rendah mempunyai berat badan berlebihan dan obes.
Kajian tersebut turut menunjukkan hampir 30 peratus kanak-kanak sekolah rendah tidak mengambil sarapan pagi kira-kira dua hingga tiga kali seminggu.
Prihatin dengan keadaan ini, Kempen Makanan Sihat Lady's Choice dilancarkan dengan sasaran mengajar kanak-kanak sekolah rendah akan kepentingan makanan yang berkhasiat.
Menurut Pengurus Kanan Jenama, Makanan dan Minuman Unilever Malaysia, Lenny Chuah, aktiviti utama yang dijalankan adalah Cabaran Resipi Lady's Choice yang mengutamakan hidangan menyihatkan.

Coklat kurang risiko strok


Coklat mengandungi flavonoid yang bertindak sebagai antioksida.
SUAMI, bapa, abang atau adik lelaki anda penggemar coklat? Jangan risau, coklat memberikan manfaat buat lelaki yang 'mencintainya'.
Kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik di Sweden menunjukkan lelaki yang kerap makan coklat kurang risiko diserang strok.
Hasil kajian itu telah diterbitkan dalam satu jurnal neurologi, yang mana ia membabitkan kajian lebih sedekad terhadap lebih 37,000 lelaki yang gemar makan coklat.
Sukatan coklat yang dimakan lelaki terbabit dalam kajian itu adalah bersamaan dengan satu pertiga cawan yang dipenuhi dengan cip coklat.
Dengan pengambilan kerap padaan sukatan sebanyak itu telah mengurangkan 17 peratus risiko diserang strok berbanding lelaki yang langsung tidak makan coklat.

Fibroid hadir tanpa gejala


SALAM. Saya kini berumur 35 tahun dan baru mempunyai dua orang anak. Saya merancang untuk mengandung lagi. Baru-baru ini saya terbaca tentang tanda-tanda penyakit fibroid yang hampir sama dengan apa yang saya alami. Saya sering membuang air kecil dan sakit ketika melakukan hubungan seks. Bolehkah doktor jelaskan lebih lanjut tentang masalah fibroid. Adakah ia mengganggu kesuburan seorang wanita? Apakah tanda-tanda dan rawatan penyakit ini?
n Su, Perak.
JAWAPAN:
Fibroid adalah salah satu jenis penyakit yang berkaitan dengan rahim. Kebiasaannya, fibroid terjadi kepada wanita yang berusia sekitar 30-an hingga 40-an, iaitu dalam lingkungan usia subur (peringkat reproduktif) dan akan kembali mengecut (mengecil) apabila seseorang wanita itu sudah mengalami menopaus atau putus haid.

Manja diri di Palm Spa


Segar dan nyaman dengan mandian bunga-bungaan.
Selalunya pelanggan gemar melakukan rawatan di spa secara individu. Jadi apa kata bagi mereka yang ingin mencipta kelainan mencuba pakej rawatan secara berpasangan di Palm Spa yang terletak Palm Garden Hotel and Resort di Putrajaya.
Pasti mood dan suasana ketika melakukan sesi rawatan terasa indah dan asyik apabila ditemani oleh pasangan mahupun rakan.
Ketenangan bagai meresap ke seluruh badan dengan alunan muzik yang membuai rasa selain susun atur dekorasi yang indah dan nampak moden.
Ketika pertama kali melangkah masuk ke spa, pelanggan akan disambut dengan pancutan air terjun buatan yang terletak di pintu masuk spa.
Selain itu, secawan teh halia sebagai pemanas badan akan diberikan sebelum melakukan rawatan selanjutnya.

Keajaiban protein


SEBELUM ini anda mungkin sering mendengar bahawa protein adalah nutrien yang penting dan bermanfaat untuk kesihatan anak anda. Namun, tahukah anda bagaimana ia membantu pertumbuhan dan perkembangan?
Protein adalah sejenis nutrien yang melaksanakan pelbagai fungsi dalam tubuh kita. Ia membantu mata anak anda untuk melihat, mengecutkan otot dan pembekuan darah. Selain itu, ia membolehkan anak anda menjadi aktif dengan memudahkan tindak balas kimia melalui enzim dan melindunginya terhadap jangkitan. Tanpa protein, tulang, kulit dan rambut anak anda tidak akan mempunyai strukturnya.
Peranan penting protein
* Menggantikan sel-sel dan tisu yang mati atau rosak.
* Mengawal proses badan (sesetengah hormon tetapi bukan semuanya adalah protein).

Makanan segera punca autisme?


SOALAN 1
HARI ini saya mendengar banyak cerita mengatakan ramai ibu akan melahirkan kanak-kanak autisme akibat pemakanan yang tidak sihat seperti makanan segera. Benarkah perkara ini? Mohon doktor jelaskan dengan lanjut.
* Su, Johor Bahru, Johor.
Jawapan:
Terima kasih Puan Su. Makanan yang tidak sihat atau makanan segera semasa hamil bukanlah punca utama kepada masalah autisme dalam kalangan kanak-kanak. Namun begitu, ia mungkin mempunyai sedikit assosiasi kepada masalah autisme. Oleh sebab itu, mungkin elok kita ketahui dengan lebih lanjut berkenaan autisme yang membawa maksud keadaan yang menyebabkan kanak-kanak menumpukan perhatian dalam dunianya sendiri.
Autisme adalah kategori ketidakupayaan yang dicirikan dengan gangguan dalam komunikasi, interaksi sosial, gangguan deria, pola bermain dan perilaku emosi. Gejala autisme mula kelihatan sebelum kanak-kanak berumur tiga tahun. Keadaan ini dialami di sepanjang kehidupan kanak-kanak itu. Kanak-kanak autisme sering menimbulkan kekeliruan bagi penjaganya kerana mereka kelihatan normal tetapi memaparkan tingkah laku dan pola perkembangan yang berbeza.